Birmingham City pecat Rooney

Rooney - Foto Agensi
Rooney - Foto Agensi
A
A
A

BIRMINGHAM City telah memecat pengendali, Wayne Rooney selepas hanya 83 hari mengendalikan kelab Liga Kejuaraan itu.

Bekas pemain England berusia 38 tahun itu dilantik pengendali City pada 11 Oktober, selepas pemecatan John Eustace, menyaksikan kedudukan Blues di tempat keenam liga.

Sejak itu Birmingham telah jatuh ke tangga ke-20, kekalahan 0-3 di Leeds merupakan kekalahan kesembilan dalam tempoh 15 perlawanannya.

Pengendali skuad pembangunan Steve Spooner akan mengambil alih tugas sementara pasukan utama tersebut.

Rooney berkata, dia merancang untuk berehat daripada terlibat dengan karier pengurusan.

“Bola sepak adalah perniagaan yang membuahkan hasil dan saya sedar kelab tidak berada pada tahap yang saya mahukan.

“Sekarang, saya merancang untuk meluangkan sedikit masa bersama keluarga saya sebelum kembali semula ke dunia pengurusan pasukan.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada pemilik bersama Tom Wagner dan Tom Brady dan ketua eksekutif Garry Cook atas peluang menguruskan Birmingham City dan sokongan yang mereka semua berikan kepada saya sepanjang tempoh singkat bersama kelab,” katanya.

Artikel Berkaitan: