'Kuasa' usapan tikus belanda hitam

Tikus belanda itu diusap pada kepala individu selama beberapa saat ketika ritual tersebut dilakukan.
Tikus belanda itu diusap pada kepala individu selama beberapa saat ketika ritual tersebut dilakukan.
A
A
A

LIMA - Ratusan penduduk di Peru membanjiri ibu negara Peru untuk ritual Feria de los Deseos bagi 'membersihkan' mereka sebelum 2019 melabuhkan tirai semalam.

Upacara unik turut digelar Fare of Wishes tersebut menggunakan tikus belanda hitam diusap pada lengan, tubuh dan kepala mereka.

Haiwan itu kemudiannya akan merangkak pada kepala individu dan cuba untuk 'mengenal pasti' masalah dan cuba menyembuhkan mereka pada tahun 2020.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita dibawa ke sebuah bilik privasi di pasar sesak di Lima.

Dia kemudiannya duduk dan dikelilingi lilin dan bunga sebelum dihampiri dukun Ramos yang memegang tikus belanda hitam dan mula mengusap pada seluruh tubuhnya.

Pada akhir ritual itu, wanita tersebut diminta meniup pada kepala haiwan terbabit dan diletakkan pada lehernya.

"Upacara pembersihan dengan tikus belanda bertujuan mengeluarkan aura negatif itu telah dilakukan oleh nenek moyang," kata dukun Ramos.

Difahamkan, tikus belanda dianggap sebagai makanan istimewa di Peru. - Agensi

Artikel Berkaitan: