Pengunjung bertempiaran lari bunga api meletup atas tanah

Tangkap layar kejadian menunjukkan letupan bunga api yang mencetuskan panik pengunjung.
Tangkap layar kejadian menunjukkan letupan bunga api yang mencetuskan panik pengunjung.
A
A
A

BANDAR BAHARU - Polis menjalankan siasatan berhubung insiden membabitkan letupan bunga api di atas tanah sehingga membahayakan orang ramai pada tengah malam Ahad ketika sambutan tahun baharu 2024.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.01 tengah malam di Dataran Bandar Baharu.

Menurutnya, insiden yang melibatkan letupan bunga api di atas permukaan tanah itu membahayakan keselamatan pengunjung, namun siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku.

“Semakan mendapati Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) tidak dimaklumkan atau menerima sebarang permohonan tentang pembakaran bunga api oleh pihak penganjur.

Orang ramai bertempiaran lari apabila bunga api secara tiba-tiba meletup di permukaan tanah.
Orang ramai bertempiaran lari apabila bunga api secara tiba-tiba meletup di permukaan tanah.



"Malah tiada sebarang permit dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini pada Isnin.

Azmi memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 atau dipenjarakan tidak lebih dari sebulan atau kedua-duanya.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut, sehingga menimbulkan kegusaran awam,” jelasnya.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 15 saat tular menunjukkan insiden di mana bunga api meletup di atas tanah, menyebabkan pengunjung bertempiaran lari.

Artikel Berkaitan: