Sumpahan Rumah Hantu tampilkan watak novel seram Buku Prima

Sumpahan Rumah Hantu sempena Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 dekat sini pada 5 hingga 7 Januari depan.
Sumpahan Rumah Hantu sempena Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 dekat sini pada 5 hingga 7 Januari depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sumpahan Rumah Hantu bakal menjadi tarikan utama untuk menguji keberanian pengunjung terutama penggemar genre seram di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 bermula 5 hingga 7 Januari ini.

Eksekutif Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Nurul Shahirah Jasman berkata, rumah hantu itu akan menampilkan beberapa watak yang diambil daripada novel seram Buku Prima seperti Margasatwa, Jangan Biar Dia Masuk, Lengloi, Pocong Balik Rumah dan sebagainya.

“Rumah hantu kali ini berbeza daripada kebiasaan kerana kami juga menambah elemen futuristik, hologram dan memaparkan visual tiga dimensi (3D) untuk memberi pengalaman mistik kepada pengunjung.

“Mereka boleh masuk bermula jam 9 pagi hingga 7 malam sepanjang tiga hari penganjuran festival ini.

“Untuk kanak-kanak bawah 13 tahun, kami tak syorkan mereka masuk dengan kawan-kawan sebaliknya bersama dengan ibu bapa atau penjaga,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 dI sini pada 5 hingga 7 Januari depan.
Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 dI sini pada 5 hingga 7 Januari depan.

Sumpahan Rumah Hantu itu diadakan sempena Festival Seram Buku Prima 2024 di sini bermula 5 hingga 7 Januari dengan sasaran 1,000 pengunjung setiap hari.

Para pengunjung juga bakal disajikan dengan pameran, gerai jualan makanan dan buku seram termasuk reruai oleh Sinar Harian iaitu Zon Keras yang mengetengahkan isu misteri, psiko serta thriller.

Artikel Berkaitan:

Antara tarikan paling menarik di zon tersebut ialah bilik pengakuan dan soal siasat yang biasa dilakukan oleh polis.

Nurul Shahirah
Nurul Shahirah

Tambah Nurul Shahirah, orang ramai boleh membuat pembelian tiket secara atas talian di www.karangkrafmall.com/festivalseram dengan bayaran sebanyak RM10 seorang.

“Mereka juga boleh beli secara terus di kaunter semasa festival berkenaan tetapi lebih cepat kalau beli di laman web kami kerana tiket terhad untuk 1,000 pengunjung sahaja.

“Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman seram di sini kerana rumah hantu kali ini menjanjikan kelainan kepada penggemar mistik,” ujarnya.