'Myvi terbang' tahun 2020 jadi bahan troll

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Impian untuk melihat kereta terbang ketika memasuki tahun 2020 kini menjadi bahan jenaka dalam kalangan netizen.

Menerusi Twitter, pelayar dikenali Zakwan memuat naik klip video yang memaparkan grafik kereta Myvi terbang sebagai usikan di laman sosial.

Mengambil tafsiran video itu dari sudut positif, netizen berseloroh pada tahun 2020, manusia kini hebat dalam proses penyuntingan.

"Mungkin ini yang dimaksudkan dengan 2020. Manusia makin 'power' editing (penyuntingan)," Kata @zakikhalimi.

Bagaimanapun 'troll' atau usikan itu menarik perhatian pelakon hebat, Sharnaaz Ahmad.

Pelayar Twitter memuat naik Myvi 'terbang' hingga tular di laman sosial.
Pelayar Twitter memuat naik Myvi 'terbang' hingga tular di laman sosial.

"'Troll' kereta terbang tu agak membosankan. Dari buat lawak pasal kereta terbang, baik fikirkan dan usahkan mimpi yang kita hajati itu terbang menuju kejayaan.

"Biarkan impian besar daripada asyik ketawakan angan-angan orang lain. Kereta terbang itu juga impian orang ramai, jom jadikan kenyataan geng," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, video berdurasi 18 saat itu mencecah 253,700 tontonan daripada netizen.

Rata-rata netizen terhibur dengan hasil karya dan kreativiti @YadhBil.

"Tapi kenyataannya, Myvi dah lama boleh terbang," gurau @benzani.

Kata @errafazlen, "Myvi ni sebelum 2020 pun dah terbang merata-rata, atas 'signboard', atas hilux, atas pembahagi jalan."