Mohammad Shatar dilantik semula sebagai Naib Canselor UPSI

Mohammad Shatar
Mohammad Shatar
A
A
A

TANJUNG MALIM - Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuatkuasa 24 Februari 2020 sehingga 23 Februari 2022.

Pelantikan itu selaras dengan Seksyen 12(1) Perlembagaan UPSI dan surat pelantikan dari Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah diterima pada 20 Disember 2019 lalu.

Menurut satu kenyataan, Mohammad Shatar berkata, pelantikan tersebut adalah satu kepercayaan dan amanah yang diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk terus menerajui universiti itu sekali gus menjayakan agenda mengukuhkan serta meningkatkan imej UPSI.

“Secara peribadi saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada Menteri Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi, Lembaga Pengarah Universiti dan seluruh warga UPSI yang sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan agenda menjadikan UPSI sebagai Universiti Pendidikan nombor satu di rantau ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sesuai dengan agenda 'UPSI The Next Level' iaitu konsep “Being Referred, Being Respected, and Stay Relevant” yang membolehkan beberapa aspek penting dilonjakkan bagi meningkatkan nama UPSI di peringkat antarabangsa.

"Selari dengan misi 'UPSI Global', peranan dan pengaruh UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu dapat dirasai masyarakat dunia seperti memberi latihan kepada guru-guru dengan pedagogi terkini.

“UPSI akan berusaha melahirkan graduan yang mencapai kualiti antarabangsa sekali gus membolehkan pendidik UPSI bukan sahaja di salurkan kepada sekolah-sekolah kerajaan malahan swasta, antarabangsa juga sekolah-sekolah di luar negara," ujarnya.

Tambah beliau, UPSI juga akan meningkatkan pengaruh dan penglibatan dalam memberi latihan kepada pelajar-pelajar dari China dan Timur Tengah dalam menguasai bahasa Inggeris dengan penubuhkan pusat bahasa di negara berkenaan.

Artikel Berkaitan: