Maut jatuh di kilang, polis sahkan tiada unsur jenayah

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Hospital Banting selepas terjatuh di ketinggian tujuh meter di tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Kuala Langat pada Rabu. - Foto Tular di Facebook
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Hospital Banting selepas terjatuh di ketinggian tujuh meter di tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Kuala Langat pada Rabu. - Foto Tular di Facebook
A
A
A

KUALA LANGAT - Tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti melibatkan kematian seorang lelaki di tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota di sini, selepas terjatuh di ketinggian kira-kira tujuh meter pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, laporan kes itu diterima pihaknya pada jam 3.38 petang.

"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada jam 2.22 petang.

"Pengadu (Penolong Pengurus Kilang) telah diberitahu bahawa seorang pekerjanya yang juga lelaki tempatan telah terjatuh dari bahagian dalam 'converyor' bahan bakar pada ketinggian tujuh meter semasa melakukan kerja-kerja pembersihan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, pengadu yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa telah tersangkut di kawasan pagar.

Katanya, mangsa telah diberi bantuan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan.

"Mangsa berusia 22 tahun kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Banting.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) iaitu kematian disebabkan kemalangan di tempat kerja," ujarnya.

Artikel Berkaitan: