Ringgit pulih semula

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

RINGGIT pulih semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara maju itu lemah disebabkan kekurangan data utama, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6275/6330 berbanding dolar AS 4.6340/6435 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aktiviti perdagangan dijangka kekal hambar minggu ini disebabkan kekurangan maklumat penggerak pasaran serta minggu yang singkat.

"Kami berpendapat ringgit berbanding dolar AS sedang bergerak ke arah paras sokongan serta-merta RM4.5778 kerana Rizab Persekutuan dijangka melonggarkan dasar monetarinya pada 2024,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.2453/2494 daripada 3.2517/2586 ketika ditutup semalam.

Mata wang tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.8862/8932 daripada 5.8815/8935 pada Selasa dan turun berbanding euro kepada 5.1152/1213 daripada 5.1044/1148 sebelum itu.

Berbanding mata wang Asia, ringgit menokok sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.5001/5045 daripada 3.5005/5082 ketika ditutup semalam dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.33 daripada 8.37/8.39.

Artikel Berkaitan:

Ia menyusut berbanding baht Thai kepada 13.4559/4790 daripada 13.3962/4310 ketika ditutup semalam dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.4 daripada 299.2/300.0 sebelum itu. - Bernama