Penjual buah didakwa bunuh kekasih

Choon Heng, 44, dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya, pada 18 Disember lalu. - Foto Bernama
Choon Heng, 44, dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya, pada 18 Disember lalu. - Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Seorang penjual buah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya, dua minggu lepas.

Khoo Choon Heng, 44, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rashid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Choon Heng didakwa membunuh Koh Chea Ling, 26, di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Bayu Tinggi di sini pada 1 petang, 18 Disember lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Bahiyah Amir Haidi manakala tertuduh diwakili peguam Sharonpal Singh.

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita mati dibunuh dengan kesan tikaman pada badannya sebelum ditinggalkan dalam sebuah kereta di Klang. - Bernama

Artikel Berkaitan: