Pesara polis maut langgar jengkaut

Seorang pesara polis maut selepas terbabit nahas dengan sebuah jengkaut di Tanjung Tualang, Batu Gajah pada Isnin. - Foto ihsan pembaca
Seorang pesara polis maut selepas terbabit nahas dengan sebuah jengkaut di Tanjung Tualang, Batu Gajah pada Isnin. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

BATU GAJAH - Seorang pesara polis maut dalam nahas membabitkan sebuah motosikal dengan jengkaut di Lorong 4 Bakar, Kampung Ayer Papan dekat Tanjung Tualang di sini pada Isnin.

Kemalangan sekitar 12 tengah hari itu mengakibatkan penunggang motosikal, Asri Mohamad Patil, 55, yang juga pesara berpangkat sarjan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari Tanjung Tualang dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Kampung Gajah.

"Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah jengkaut yang dipandu lelaki berusia 64 tahun keluar dari simpang kiri.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada, meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa yang berada di laluan sah berlanggar bahagian depan sebelah kanan 'bucket' jengkaut terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk dibedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa sama, hasil ujian saringan air kencing pemandu jengkaut terbabit didapati negatif dan tiada rekod saman," katanya.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat serta menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor G Rissi di talian 017-7615662 bagi membantu siasatan.