MySinar redah banjir agih sumbangan

MySinar sanggup meredah banjir bagi mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.
MySinar sanggup meredah banjir bagi mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar) sanggup meredah banjir semata-mata mahu mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Timbalan Presidennya, Mohd Khairi Yazid berkata, bantuan tersebut bertujuan membantu meringankan beban penduduk di dua buah kampung iaitu Bakat dan Serongga yang terkesan dengan banjir.

"Alhamdulillah, kita turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rantau Panjang dan APM Daerah Pasir Mas serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dan Balai Polis Repek," katanya.

Bantuan disampaikan kepada penduduk di dua kampung iaitu Bakat dan Serongga yang terkesan dengan banjir.
Bantuan disampaikan kepada penduduk di dua kampung iaitu Bakat dan Serongga yang terkesan dengan banjir.

Menurut Mohd Khairi, selain bakul makanan, MySinar turut mengagihkan lebih 300 bungkus nasi kepada mangsa banjir.

Ujarnya, bantuan pakaian turut diberikan kepada mangsa bagi memberikan kegembiraan kepada mereka.

Selain bakul makanan, MySinar turut mengagihkan lebih 300 bungkus nasi kepada mangsa banjir.
Selain bakul makanan, MySinar turut mengagihkan lebih 300 bungkus nasi kepada mangsa banjir.

Mohd Khairi memberitahu, MySinar menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan strategik iaitu Lensa Sona, ADSC Empire Sdn Bhd, Apih Nasi Pagi Kampung Repek dan semua penyumbang yang membantu dalam menjayakan misi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai juga dialu-alukan menyalurkan sumbangan kepada MySinar untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas banjir.
Orang ramai juga dialu-alukan menyalurkan sumbangan kepada MySinar untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas banjir.

Orang ramai yang ingin bersama MySinar boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia di 562218233147.