Mayat Nur Damia Qaisara ditemukan

Mangsa ditemui kira-kira jam 7 pagi di kawasan kebun kelapa sawit yang terletak 1 kilometer (km) dari lokasi kejadian. - Foto ihsan pembaca
Mangsa ditemui kira-kira jam 7 pagi di kawasan kebun kelapa sawit yang terletak 1 kilometer (km) dari lokasi kejadian. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang sebelum ini dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Petai Dusun, di sini akhirnya ditemukan pada Selasa.

Mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre ditemui kira-kira jam 7 pagi di kawasan kebun kelapa sawit yang terletak satu kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Ahli keluarga, Faizol Samsudin, 38, ketika dihubungi berkata, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Baroh Pial itu ditemukan oleh penduduk kampung yang melalui kawasan tersebut.

"Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumah untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam alur sungai.

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Siti Aisyah Mazi manakala rakan mangsa, Nur Damia Qaisara dikhuatiri lemas dan sehingga sekarang belum ditemukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintanden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, Siti Aisyah telah diselamatkan oleh penduduk dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Artikel Berkaitan:

Maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa telah bermain air banjir dan tergelincir sebelum dibawa arus.