Budak lelaki dua tahun dikhuatiri lemas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri lemas di muara sungai Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas Batu 4, di sini pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Aduha dikatakan sedang bermain di belakang rumahnya sebelum dipercayai tergelincir di muara sungai terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.54 petang.

"Menurut saksi yang juga ibu mangsa, ketika kejadian anaknya sedang bermain di belakang rumah mereka.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu telah tergelincir kemudian terjatuh di muara sungai sebelum dibawa arus," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jemishin berkata, susulan laporan itu, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tujuh kilometer dari BBP Tawau.

"Pasukan bomba segera mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan: