RM85,000 hilang semasa Op Khas, tiga individu ditahan

Antara video tular berkaitan kejadian kehilangan wang tunai RM85,000.
Antara video tular berkaitan kejadian kehilangan wang tunai RM85,000.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan wang tunai RM85,000 semasa Op Khas yang dilaksanakan di tengah ibu kota baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima satu laporan jam 12.36 tengah malam pada Jumaat, berhubung kejadian tersebut yang berlaku di sebuah premis di Lebuh Pudu, dekat sini.

Ekoran itu kata beliau, satu siasatan telah dijalankan dan pihaknya telah menahan tiga orang anggota polis berusia lingkungan 26 hingga 35 tahun.

Beliau berkata, ketiga-tiga anggota itu dipercayai terlibat dalam kehilangan wang tunai sepertimana dilaporkan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan kesemuanya ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu hingga Selasa ini.

"Kes ini masih dalam siasatan. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan sebarang kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular satu kejadian dipercayai pemilik kedai mendapati wang tunai hasil jualan milik syarikat berjumlah RM85,000 yang disimpan dalam almari telah hilang.

Ekoran kejadian itu, pemilik kedai dipercayai telah membuat semakan pada kamera litar tertutup (CCTV).

Artikel Berkaitan:

Hasil penilitian mendapati terdapat tiga lelaki telah memasuki premisnya dan mengesyaki mereka telah mengambil duit yang disimpan itu.

@sinarharianonline Satu siasatan telah dijalankan dan tiga orang anggota polis berusia lingkungan 26 hingga 35 tahun ditahan. #SinarHarian#SinarTerkini#PDRM#OpKhas News, news, seriousness, tension(1077866) - Lyrebirds music