Polis pantau aliran trafik, fokus kesalahan pengguna

Beberapa laluan mengalami aliran trafik tinggi susulan musim cuti perayaan pada Selasa.
Beberapa laluan mengalami aliran trafik tinggi susulan musim cuti perayaan pada Selasa.
A
A
A

RAWANG - Fokus diberikan terhadap lima kesalahan utama selain pemantauan dijalankan melibatkan lokasi yang mengalami aliran trafik tinggi sempena musim cuti perayaan Krismas bermula pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri berkata, pihaknya sedia maklum berkaitan peningkatan aliran trafik melibatkan lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan bandaran.

Lima kesalahan utama pengguna jalan raya menjadi fokus utama yang diberi perhatian sempena musim cuti perayaan pada Selasa.
Lima kesalahan utama pengguna jalan raya menjadi fokus utama yang diberi perhatian sempena musim cuti perayaan pada Selasa.

"Penugasan akan memfokuskan kepada kesalahan yang dilakukan pengguna antaranya memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan dan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

"Selain itu, kesalahan gagal mematuhi peraturan lampu isyarat merah dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu turut diberikan perhatian menerusi pemantauan dijalankan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya turut menempatkan seramai 77 pegawai dan 731 anggota di lokasi-lokasi utama sepanjang tempoh ini.

"Petugas JSPT di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Karak bertugas secara 24 jam dan akan menangani segala permasalahan yang berlaku di kawasan tanggungjawab mereka sama ada kemalangan atau kesalahan lalulintas.

"Petugas di peringkat kontinjen dan daerah akan mengawal selia di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, semua pengguna diingatkan agar mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan agar memastikan kelancaran lalu lintas.

"Pengguna perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain ketika berada dalam aliran trafik yang meningkat selain sentiasa berhemah, berhati-hati dan fokus kepada pemanduan.

"Selain itu perlu mengawal emosi dan jangan memandu secara melulu dan berbahaya," katanya.

Pada Sabtu, beberapa lebuh raya serta jalan utama mengalami aliran trafik tinggi susulan musim cuti perayaan serta pemberian tol percuma yang diberikan kerajaan selama dua hari iaitu 23 Disember dan 26 Disember.

@sinarharianonline Tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan perayaan Hari Krismas Isnin depan disambut baik orang ramai. Dalam pada itu, tinjauan keadaan aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Hentian Rehat dan Rawat Rawang menunjukkan keadaan trafik terkawal namun jumlah kenderaan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Hati-hati memandu! #fyp#SinarHarian#AliranTrafik#RNRRawang#Krismas original sound - Sinar Harian