Disangka rangka manusia rupanya corong minuman keras

Pegawai WDFW, Severin Erickson memegang bong atau corong plastik bir berbentuk tengkorak selepas menyelam di kawasan gua di Sungai Pend Oreille, Idaho. - Agensi
Pegawai WDFW, Severin Erickson memegang bong atau corong plastik bir berbentuk tengkorak selepas menyelam di kawasan gua di Sungai Pend Oreille, Idaho. - Agensi
A
A
A

BOISE - Situasi tidak disangka-sangka berlaku di Idaho, Amerika Syarikat (AS) melibatkan pihak berkuasa apabila penyiasatan yang serius berhubung penemuan rangka manusia baru-baru ini bertukar menjadi momen melucukan.

Pada mulanya, pegawai dari Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Washington (WDFW) dengan kerjasama penyiasat Pend Oreille County serta ejen Peronda Sempadan dikerah ke sebuah gua berhampiran sempadan Kanada selepas menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan satu rangka manusia.

Rangka manusia itu ditemui oleh seorang pendayung yang sedang meneroka gua terletak di sepanjang Sungai Pend Oreille.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, penyiasat menggunakan jet ski untuk mengakses pintu masuk gua dan melakukan penyelaman bagi menjalankan penyiasatan menyeluruh.

"Ketika melakukan selaman, penyiasat menemui apa yang kelihatan seperti rangka manusia.

"Tetapi sebenarnya ia adalah 'bong' atau corong plastik untuk bir yang diisi dengan batu.

"Kami fikir ia sengaja diletakkan di bawah air oleh seseorang sebagai gurauan," kata pegawai WDFW. - Agensi

Artikel Berkaitan: