Bintang muda biliard negara, Muhammad Afiq maut kemalangan

Bintang remaja sukan biliard negara, Afiq 13, maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaikinya bersama empat ahli keluarga terbabit kemalangan di Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas) berhampiran susur ke Ampangan, di sini, awal pagi semalam.

A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Bintang remaja sukan biliard negara, maut selepas kereta dinaiki bersama empat ahli keluarga terbabit kemalangan di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berhampiran susur ke Ampangan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, kereta dinaiki Muhammad Afiq Abdullah, 13, dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki berusia 21 tahun sedang bergerak bersama empat penumpang dari arah Senawang menuju ke arah Ampangan, Seremban.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke longkang di bahu kanan jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bintang remaja sukan biliard negara, Afiq 13, maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaikinya bersama empat ahli keluarga terbabit kemalangan di Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas) berhampiran susur ke Ampangan, di sini, awal pagi semalam.
Bintang remaja sukan biliard negara, Afiq 13, maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaikinya bersama empat ahli keluarga terbabit kemalangan di Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas) berhampiran susur ke Ampangan, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, empat lagi iaitu dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang remaja lelaki cedera dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan lanjut.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Sudesh Kumar di talian 0164830853.

Artikel Berkaitan:

"Atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Difahamkan, Afiq mula terbabit dengan sukan biliard sejak berusia lapan tahun.