Budak lelaki maut dirempuh kereta

Seorang kanak-kanak yang juga pejalan kaki maut dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Aman Jaya, di Semporna pada Selasa.
Seorang kanak-kanak yang juga pejalan kaki maut dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Aman Jaya, di Semporna pada Selasa.
A
A
A

SEMPORNA - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Aman Jaya dekat sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Argadil Mohd Yusuf, 12, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 petang.

Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Semporna.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan sebelum mayat mangsa di hantar ke hospital untuk tindakan seterusnya.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan sebelum mayat mangsa di hantar ke hospital untuk tindakan seterusnya.

"Mangsa merupakan seorang pejalan kaki dipercayai dilanggar oleh kenderaan jenis Proton Persona.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Madzlan berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan turut dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain di sekitar lokasi kejadian dan operasi kemudian ditamatkan pada 2.43 petang," katanya.