Dakwaan buli: Ibu pelajar lari dari asrama buat laporan polis

Laporan Sinar Harian pada 9 Disember lalu.
Laporan Sinar Harian pada 9 Disember lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu kepada pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras yang melarikan diri kerana dikatakan tidak tahan dibuli, hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata, laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada jam 11.16 pagi.

"Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM.

"Anak saya semakin pulih, dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Pada 8 Disember lepas seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun di Cheras ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama. - Bernama

Artikel Berkaitan: