Bapa bantu anak larikan remaja Rohingya untuk dikahwinkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang bapa dan anak lelakinya ditahan selepas melarikan seorang remaja perempuan Rohingya berusia 13 tahun di Jalan Memanda Ampang Point di sini, pada 7 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua beranak berusia 37 dan 17 tahun yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) itu ditahan di sekitar kawasan Kampung Pandan di sini, pada jam 3.40 petang Isnin.

Mohd Azam Ismail
Mohd Azam Ismail

"Mangsa dipercayai dibawa lari suspek, dengan menaiki sebuah kereta ketika berada di Jalan Memanda Ampang Point di sini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Azam berkata, kejadian itu berpunca akibat perkahwinan yang tidak direstui menyebabkan remaja perempuan itu dilarikan sebelum bernikah di Johor tanpa pengetahuan keluarganya.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati suspek yang berusia 17 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau.

"Polis turut merampas kedua-dua telefon bimbit mereka untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Dua beranak itu direman sehingga 22 Disember mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.