Kastam selamatkan empat juta penagih daripada jadi 'zombie'

Sazali (depan) menunjukkan botol aluminium berisi dadah jenis Fentanyl yang dirampas
Sazali (depan) menunjukkan botol aluminium berisi dadah jenis Fentanyl yang dirampas
A
A
A

NILAI - Ikrar barang dagangan sebagai sebatian pewangi, tetapi membawa dadah jenis Fentanyl yang boleh mengubah penggunanya menjadi seperti 'zombie'.

Itu modus operandi digunakan sindiket dadah antarabangsa yang ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), hasil rampasan 807.9 kilogram (kg) dadah jenis Fentanyl dianggarkan bernilai RM44.4 juta pada 9 Disember lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, rampasan dadah jenis terbabit merupakan kes pertama pihaknya setakat ini.

Cecair disyaki dadah berbahaya jenis Fentanyl yang dirampas JKDM
Cecair disyaki dadah berbahaya jenis Fentanyl yang dirampas JKDM

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota JKDM menyita 26 kotak berisi 72 botol aluminium mengandungi dadah berbahaya jenis Fentanyl di Kompleks Kargo Udara Kompleks Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Siasatan awal mendapati, barang tersebut dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India dan transit di Kompleks Kargo KLIA, seterusnya dihantar ke Dubai, United Arab Emirates menggunakan laluan udara," katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, di sini pada Isnin.

Menurutnya, bagi mengaburi pihak berkuasa, sindiket menggunakan modus operandi dengan mengikrarkan bahan tersebut sebagai sebatian pewangi sedangkan di dalamnya terdapat botol aluminium berisi bahan cecair dadah.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan rekod pihaknya, dadah itu bukannya untuk pasaran negara ini, namun ia tetap membimbangkan.

Artikel Berkaitan:

Sazali (depan) menunjukkan botol aluminium berisi dadah jenis Fentanyl yang dirampas
Sazali (depan) menunjukkan botol aluminium berisi dadah jenis Fentanyl yang dirampas

"Kalau ikutkan dadah ini jenis yang sangat kuat iaitu 100 kali lebih kuat daripada morfin dan 20 atau 40 kali kuat dari heroin.

"Jika tengok di media sosial, ada antara negara-negara yang mana berlaku kes rakyatnya menjadi zombie disebabkan dadah jenis ini. Jadi sangat berbahaya kalau berleluasa di negara kita," katanya.

Jelas Sazali, berdasarkan jumlah berat dadah berkenaan, JKDM berjaya membanterasnya daripada disalah gunakan oleh lebih kurang empat juta penagih.

Beliau berkata, dari Januari sehingga November tahun ini, sebanyak 398 kes berkaitan dadah ditumpaskan JKDM melibatkan nilai RM294.37 juta.

"Ia antaranya dadah jenis heroin, ketamin, kanabis dan methamphetamin," katanya.

@sinarharianonline

Fentanyl 100 kali lebih kuat berbanding morfin #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Dadah #Zombie

original sound - Sinar Harian