Rantau Panjang, Pasir Mas banjir sekali lagi

Keadaan banjir gelombang kedua di Tersang.
Keadaan banjir gelombang kedua di Tersang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Selepas reda di Kuala Krai, gelombang banjir berulang di kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas dengan jumlah mangsa mencecah 5,203 orang daripada 1,654 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin.

Banjir gelombang kedua itu melibatkan 16 PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dengan 655 mangsa, SK Sri Rantau Panjang (1,192) SK Gual To’Deh (901), SK Kok Pauh (11 mangsa), SK Gual Sitok (243), Masjid Lubok Gong (47) dan Masjid Baitul Rahman (9).

Keadaan banjir di Rantau Panjang.
Keadaan banjir di Rantau Panjang.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok terdapat 144 mangsa, SMK Barol Pial (438), SK Kedai Tanjong (56), SK Gual Periok (511), Madrasah Tasek Bakong (123), Masjid Mukim Padang Licin (255), SK Sri Kiambang (412), SMK (A) Lati (38) dan SK Lati (168).

Sebuah lagi daerah terjejas banjir ialah di Tanah Merah melibatkan 125 mangsa di satu PPS Sekolah Menengah Ugama (A) Kajang.

Kontraktor, Sabri Mohamad, 55, berkata, hujan lebat pada Jumaat dan Sabtu menyebabkan banjir berlaku lagi dengan paras air lebih tinggi berbanding gelombang pertama.

Sabri
Sabri

Menurut Sabri, pekarangan rumahnya di Tersang dinaiki air setinggi tiga meter (m) pada gelombang sebelum ini namun kali ini air mencapai 3.5m dan ada sesetengah kawasan 4m.

Artikel Berkaitan:

“Jalan lama dari Pasir Mas menuju Rantau Panjang tidak boleh dilalui kenderaan ringan bermula di Pos Pasukan Gerakan Am Pak Teh Kana sejauh 500 meter untuk ke Tersang.

“Pada Ahad hujan renyai sahaja manakala hari ini cuaca cerah dan air sedikit surut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Dia berharap banjir gelombang kedua ini tidak lama kerana mangsa-mangsa banjir perlu berpindah semula ke PPS.

“Baru tiga hari pulang ke rumah, kami sudah terpaksa kembali semula ke PPS tetapi harap cuaca panas ini membantu memulihkan keadaan,” katanya.