Musang King Raub termahal di dunia

Kai Mun (kiri) berjaya membeli durian Musang King Raub pada majlis tersebut. Turut hadir Fadzli (tengah). (Gambar kanan: Fadzli (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada Kai Mun (tiga dari kanan) selepas berjaya membida durian musang king pada harga RM185,000 pada majlis tersebut. - Foto FB Fadzli)

A
A
A

KUANTAN - Durian Musang King Raub yang berharga RM185,000 sebiji antara yang termahal di dunia.

Perkara itu dimaklumkan Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal selepas menyaksikan bidaan raja buah itu.

Beliau berkata, harga permulaan bidaan bagi durian berkenaan adalah RM2,000 sebiji.

"Kemudiaannya (harga) meningkat selepas beberapa kali (bidaan dibuat) sehinggalah mencecah RM185,000 sebiji. Pemenangnya ialah Wong Kai Mun.

"Bidaan kedua tertinggi untuk durian duri hitam (black thorn) adalah bernilai RM15,000 sebiji," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook miliknya pada malam Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong itu berkata, hasil bidaan durian ini kemudiannya disumbangkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ruan, Raub bagi penambahbaikan infrastruktur sekolah

"Datuk Ken (Pengerusi Persatuan Peniaga Durian Pahang, Datuk Lye Wee Ken) menyumbang sebanyak RM204,444 melalui program bidaan yang berlangsung di SMK Sg Ruan, Raub, ini.

“Ini bermakna, keseluruhannya, sebanyak RM404,444 berjaya dikutip untuk bidaan sebiji musang king dan sebiji duri hitam pada malam ini (Ahad)," ujar Fadzli lagi.

Artikel Berkaitan: