Kerja keras kunci kejayaan JDT

Kesebelasan JDT meraikan kejayaan gemilang mereka pada Sabtu. - Foto FBJohor Southern Tigers
Kesebelasan JDT meraikan kejayaan gemilang mereka pada Sabtu. - Foto FBJohor Southern Tigers
A
A
A

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menyifatkan kejayaan skuad kendaliannya itu merupakan hasil kerja keras daripada semua pihak melibatkan pemain, pengurusan, kejurulatihan termasuk kesemua staf.

Menurutnya, kesemua pihak berkenaan memberikan seluruh jiwa raga masing-masing dalam usaha memastikan kejayaan skuad Harimau Selatan itu.

“Hari ini (Sabtu), kami meraikan kejayaan hasil kerja keras selama setahun ini khususnya kepada pemain yang beraksi sepenuh hati pada aksi terakhir kali ini.

“Ini kerana dari awal musim (tahun), kami sebenarnya berazam untuk melakukan yang lebih baik dengan meneruskan kecemerlangan musim lalu.

“Akhirnya, kami berjaya kerana kelab ini memiliki staf yang hebat dan ini ditambah dengan semangat daripada pemilik kelab, TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), hingga kami berada di tahap ini,” katanya.

Solari berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tamat aksi terakhir Liga Super yang menemukan JDT dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu yang menyaksikan JDT menang 8-0.

Solari - Foto FBJohor Southern Tigers
Solari - Foto FBJohor Southern Tigers

Pemain lincah, Arif Aiman Hanapi meledak empat gol pada minit ke-5, 47', 52' termasuk menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan, Bergson da Silva (min-18, min-33), Akhyar Rashid (min-41) dan Heberty Fernandes (min-43).

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu menyaksikan JDT mencatat quadruple berganda (double quadruple) apabila mengulangi kejayaan memenangi empat piala semusim seperti musim lalu apabila muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Secara keseluruhannya, skuad Harimau Selatan itu menamatkan saingan Liga Super 2023 dengan 76 mata hasil 25 kemenangan, seri sekali selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan yang diharungi.

JDT turut mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan 100 jaringan semusim dan hanya dibolosi tujuh kali bagi saingan Liga Super 2023.

Mengulas mengenai wajahnya yang turut tertera pada salah satu tifo di stadium pada Sabtu Solari berkata, ia sesuatu yang memang di luar jangkaannya.

Bagaimanapun katanya, tifo yang turut mempamerkan imej pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ serta tujuh lagi bekas jurulatih skuad Harimau Selatan itu dilihat sebagai sesuatu yang cukup indah untuk disaksikan.

Kesebelasan JDT meraikan kejayaan sedekad skuad berkenaan. - Foto FBJohor Southern Tigers
Kesebelasan JDT meraikan kejayaan sedekad skuad berkenaan. - Foto FBJohor Southern Tigers

“Saya menghargai segala usaha yang dibuat bagi mempamerkan tifo tersebut namun dalam masa sama saya tidak rasa wajah saya turut dipamerkan kerana saya masih ‘baharu’ bersama kelab ini.

“Apa pun seperti yang saya katakan ia satu usaha yang baik dan ia turut melengkapkan sambutan kejayaan JDT kali ini,” katanya.

JDT akan tandatangani tiga, empat pemain import musim 2024

Sementara itu Bernama melaporkan, JDT dijangka akan terus memperkuatkan pasukan itu dengan kemungkinan menandatangani tiga atau empat pemain import baharu, musim hadapan.

Solari berkata, pemain tengah Argentina Jalil Elias, merupakan antara muka baharu yang mungkin akan bermain untuk pasukan itu, musim hadapan.

"Ini sesuatu yang sedang kami rancangkan, (kerana) kami perlu perkuatkan pasukan dan perbaiki di beberapa bahagian.

"... dan ideanya ialah antara tiga atau empat pemain, tetapi ia bergantung kepada pemain mana (di JDT) yang akan meninggalkan pasukan,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan JDT mengambil pemain import baharu musim hadapan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pasukan Harimau Selatan itu melengkapkan perlawanan terakhir Liga Super mereka dengan mengalahkan Penang FC 8-0, di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu malam.

Ketika ditanya sama ada Muhammad Akhyar Abdul Rashid akan meninggalkan kelab itu, Solari berkata, beliau mahukan pemain tengah kelahiran Kedah itu, kekal bersama JDT.

"Akhyar seorang pemain yang bagus, dia seorang perubah permainan, tetapi seperti saya katakan ini permintaan saya, dan ia bergantung kepadanya (untuk buat keputusan). Setiap pemain mempunyai (hak), kehendak dan motivasi (untuk bergerak ke hadapan),” katanya.

Sementara itu Solari menganggap kejayaan JDT itu hasil kerja keras daripada semua pihak dan perancangan cemerlang Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Dari permulaan musim (tahun), kami mahu melakukan yang lebih baik dengan meneruskan kecemerlangan musim lepas.

"Akhirnya kami berjaya, kerana kelab ini mempunyai petugas yang terbaik dan semangat pemilik kelab Tunku Mahkota Johor, sehingga kami mencapai tahap ini,” katanya.

JDT mencatat sejarah apabila menjadi kelab pertama menjaringkan 100 gol dalam satu musim Liga Super selepas mengalahkan Penang FC 8-0, Sabtu malam.

Pasukan Harimau Selatan yang menjuarai empat trofi dua musim berturut-turut selepas menjuarai Piala Malaysia baru-baru ini, menamatkan musim ini dengan keseluruhan 76 mata dengan 25 kemenangan dan satu seri ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC di Alor Setar, pada Ogos.

Kelab juga merekodkan penguasaan selama sedekat selepas memenangi 10 gelaran Liga Super berturut-turut sejak 2014.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!