Tentera Israel bunuh dua wanita di gereja

Seorang penembak tepat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menembak dan membunuh dua wanita di sebuah gereja di Gaza pada Sabtu.
Seorang penembak tepat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menembak dan membunuh dua wanita di sebuah gereja di Gaza pada Sabtu.
A
A
A

GAZA - Seorang penembak tepat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menembak dan membunuh dua wanita di sebuah gereja di Gaza pada Sabtu, menurut kenyataan daripada penyelia gereja Katolik di Baitulmaqdis.

Majoriti keluarga Kristian di Gaza telah berlindung di dalam gereja berkenaan sejak perang meletus, tambah kenyataan itu.

Portal berita CNN melaporkan, kedua-dua wanita itu, yang digambarkan sebagai ibu dan anak perempuan, sedang berjalan ke gereja itu dan "seorang terbunuh ketika dia cuba membawa seorang lagi ke tempat yang selamat," kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, tujuh lagi mangsa ditembak dan mengalami kecederaan dalam serangan itu.

"Tiada amaran dan pemberitahuan diberikan. Mereka ditembak secara kejam dalam premis tidak ada pihak yang inginkan peperangan," tambah kenyataan itu.

Penyelia gereja juga berkata, kereta kebal IDF juga menyasarkan gereja Sisters of Mother Teresa yang menempatkan 54 orang kurang upaya dan merupakan sebahagian daripada pekarangan gereja.

Generator yang merupakan satu-satunya sumber elektrik semasa dan sumber bahan api, panel solar dan tangki air telah dimusnahkan, katanya dan roket IDF telah menjadikan gereja itu "tidak boleh didiami."

Pada Jumaat lalu, seorang Ahli Parlimen, United Kingdom (UK), Layla Moran berkata, ahli keluarganya yang berlindung di dalam gereja itu berasa "terlalu terdesak dan ketakutan" kerana keadaan terus bertambah buruk.

Artikel Berkaitan:

"(Keluarga saya) melaporkan fosforus putih (bom) dan tembakan menuju ke pekarangan mereka," katanya.

"Pemungut tong sampah dan petugas kebersihan telah ditembak dan mayat mereka terbaring di luar dan masih belum diambil."

CNN tidak boleh mengesahkan keadaan di dalam dan sekitar gereja, mahupun dakwaan penggunaan senjata api, yang boleh menyalahi undang-undang dalam beberapa keadaan.

Memetik ahli keluarganya, Ahli Parlimen Oxford West dan Abingdon itu berkata, generator elektrik tidak lagi berfungsi di gereja itu.

Pada 15 November, Moran memberitahu Dewan Rakyat UK bahawa salah seorang ahli keluarganya yang berlindung di gereja telah meninggal dunia. - CNN-Awani