Dua penaja baharu suntik semangat KHM

Subahan (tiga dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Young Tiger Sport, Abu Hashim (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi.
- Foto: FB KHM
Subahan (tiga dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Young Tiger Sport, Abu Hashim (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - Foto: FB KHM
A
A
A

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) memperoleh suntikan semangat baharu sebelum menyingkap tirai musim 2023 apabila menjalinkan ikatan kerjasama dengan dua syarikat tempatan.

Kian Joo Can Sdn Bhd tampil membantu sebagai syarikat pengeluaran minuman rasmi KHM dengan jenama Speedy Tigers, manakala Young Tiger Sport menaja pakaian rasmi pasukan hoki lima sebelah (5s) kebangsaan.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, beliau gembira apabila badan induk hoki negara itu dapat menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua syarikat berkenaan.

Subahan (tengah) bersama Pengarah Pemasaran Komersial Kian Joo Can Sdn Bhd, Jeff Lau (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. -Foto: FB KHM
Subahan (tengah) bersama Pengarah Pemasaran Komersial Kian Joo Can Sdn Bhd, Jeff Lau (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. -Foto: FB KHM

“Seperti yang telah kami maklumkan sebelum ini, KHM dalam usaha untuk bergerak mencari dana sendiri dan ini adalah perancangan saya bagi terma baru pentadbiran saya.

“Sebagai salah satu inisiatif KHM dalam memastikan perancangan berjalan dengan lancar, kami bebesar hati dengan tampilnya syarikat Kian Joo Can sebagai rakan kerjasama.

“Mereka turut memberikan sokongan kepada kami dengan menghulurkan penajaan sebanyak RM300,000 dalam menghasilkan minuman Speedy Tigers pada Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Kuala Lumpur,” katanya.

Mengenai penajaan pakaian kepada pasukan 5s kebangsaan, beliau menyifatkan ia akan membuka peluang kepada peminat sukan hoki untuk mendapatkan variasi pilihan pakaian lain dengan harga yang mampu milik.

Artikel Berkaitan:

“Penajaan Young Tiger Sport berjumlah RM100,000 dan penajaan pakaian yang diberikan termasuklah jersi utama, jersi kedua, penjaga gol... juga pakaian bagi perjalanan pasukan untuk mana-mana kejohanan.

“Pakaian ini telah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan ini akan menjadi pakaian rasmi untuk pasukan Hoki 5s bagi jangka masa panjang,” jelasnya.

Kian Joo Can Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat terbesar dalam bidang pembungkusan di rantau ASEAN yang mengeluarkan semua jenis tin dan bekas seperti tin minuman aluminium dan kotak karton beralun.

Young Tiger Sport pula adalah syarikat pengeluar pakaian sukan berpangkalan di Jerteh, Terengganu yang tidak asing dalam menaja pakaian bagi Terengganu Hockey Team (THT) serta beberapa sukan lain di Terengganu.