Lotus's Wangsa Walk berwajah baharu, tambahan 600 produk dibawa masuk

Thinesh menunjukkan antara produk baharu yang dibawa masuk ke Lotus's Wangsa Walk. Foto SINARHARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
Thinesh menunjukkan antara produk baharu yang dibawa masuk ke Lotus's Wangsa Walk. Foto SINARHARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
A
A
A

LOTUS'S Wangsa Walk berwajah baharu menawarkan penambahan lebih 600 pilihan produk premium dan mampu milik dari pengeluar tempatan serta luar negara.

Pengarah Stor Lotus's (Kawasan Sentral 1), S Thinesh berkata, Lotus's Wangsa Walk yang berkeluasan 2,000 meter persegi itu menyediakan kepelbagaian jenis makanan laut, daging, produk sejuk beku dan barangan runcit.

Menurutnya, susulan terdapat peningkatan permintaan untuk barangan runcit, cawangan itu tidak lagi menawarkan pilihan barangan am.

"Penyusunan produk mengikut zon kategori dengan sistem rak baharu memudahkan pelanggan membeli-belah.

"Selain itu, paparan makanan segar yang lebih menarik dapat memberikan pelanggan merasai pengalaman beli-belah berbeza berbanding cawangan Lotus's lain," katanya pada pelancaran semula cawangan Wangsa Walk pada Jumaat.

Produk sejuk beku yang terdapat di Lotus's Wangsa Walk. Foto SINARHARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
Produk sejuk beku yang terdapat di Lotus's Wangsa Walk. Foto SINARHARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.

Ujarnya, antara keunikan lain yang terdapat di Lotus's Wangsa Maju termasuk rangkaian produk segar termasuk pilihan daging lembu gourmet dan stik Australia, ikan salmon Norway selain buah-buahan segar yang diimport dari New Zealand serta Australia.

Selain itu menurutnya, pelanggan juga mempunyai banyak pilihan mendapatkan minuman serta snek kegemaran yang diimport dari Thailand, Korea, China, Taiwan dan Indonesia.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, Lotus's Wangsa Maju turut menawarkan lebih banyak pilihan makanan vageterian dari syarikat pengeluar tempatan dan luar negara.

Makanan laut termasuk tiram yang boleh didapati di Lotus's Wangsa Walk.Lotus's Wangsa Walk. Foto SINARHARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
Makanan laut termasuk tiram yang boleh didapati di Lotus's Wangsa Walk.Lotus's Wangsa Walk. Foto SINARHARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.

"Walaupun ada antara barangan dikategorikan premium namun kita tawarkan harga lebih rendah contohnya lobster yang boleh didapati dengan harga RM45 berbanding pasaran luar RM69.

"Harga rendah yang kami tawarkan bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan premium dengan harga mampu milik," katanya.

Dalam pada itu katanya, sempena pelancaran semula cawangan tersebut, beberapa aktiviti menarik telah diatur selama tiga hari bermula 15 Disember hingga 17 Disember ini antaranya demonstrasi bersama chef jemputan dan sampel makanan percuma.

"Pelanggan turut berpeluang menikmati potongan harga menarik bagi barangan terpilih selain peluang menang e-baucar bernilai RM1, 000 dengan pembelian minima RM50.

"Lotus's turut menawarkan 4x baucar ganda-ganda untuk ahli My Lotus's dan putar menang hadiah bagi pembelian minima RM50, katanya.