Sila log masuk terlebih dahulu.

Peniaga guna penapis teh kukus putu halba

15 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 15 DISEMBER 2023

Seorang peniaga di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu menggunakan penapis teh untuk mengukus kuih putu halba yang popular di Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.

Nur Aishafarhana Mat Noor mengakui sukar mencari penapis teh yang berkualiti dan terpaksa pergi ke beberapa kedai plastik.

Katanya, inovasi itu membolehkan lebih banyak putu halba dikukus dalam satu masa dan pelanggan tidak perlu menunggu lebih lama.

Penapis teh juga membolehkan kuih masak di kedua-dua belahnya kerana wap panas dapat menembusi lubang halus pada penapis itu.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/639045/Nur-Aishafarhana-guna-penapis-teh-kukus-putu-halba

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Inovasi #PutuHalba