Sila log masuk terlebih dahulu.

Cubaan dua lelaki seludup 78 ekor kambing disumbat dalam guni gagal

14 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 14 DISEMBER 2023

Cubaan menyeludup 78 ekor kambing menggunakan sebuah lori dianggarkan bernilai RM100,000 gagal setelah pemandu dan kelindan lori berkenaan ditahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Taktik licik dua lelaki berusia lingkungan 30 an itu terbongkar setelah mereka ditahan pasukan risikan JPV bersama lori yang membawa haiwan itu kira-kira jam 7.30 malam di Kampung Penarik, Setiu, pada Rabu.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, anggota penguat kuasa mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan ketika pemantauan dilakukan di sempadan Kelantan-Terengganu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/639610/edisi/terengganu/sumbat-78-kambing-seludup-dalam-guni

Muzik: Elevate/bensound.com