'Kalau cakap saja, siapapun boleh' - Takiyuddin

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan masih ada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang akan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, setiap dakwaan yang dibuat perlu dikemukakan bersama bukti.

"Kalau cakap saja, siapapun boleh.

"Setakat ini tiada yang akan berbuat demikian (sokong Anwar)," katanya semasa ditemui menghadiri Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2023 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mendedahkan ada lagi wakil rakyat PN akan menyokong Anwar

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, beberapa lagi ahli Parlimen PN bakal mengumumkan sokongan secara terbuka terhadap pimpinan Anwar.

Perkara itu didedahkan Syed Abu Hussin Hafiz dalam satu sidang akhbar di kediamannya pada Isnin.

Beliau mendakwa, tujuh hingga lapan orang ahli Parlimen berkenaan akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: