Enam tahun tak dapat hubungi, ibu rayu anak pulang

Moi Ling mahu orang ramai menghubungi sekiranya mempunyai maklumat tentang anaknya pada sidang akhbar pada Rabu.
Moi Ling mahu orang ramai menghubungi sekiranya mempunyai maklumat tentang anaknya pada sidang akhbar pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang ibu merayu agar anak bongsunya kembali semula ke pangkuan keluarga selepas tidak dapat dihubungi sejak enam tahun lalu.

Chang Moi Ling, 67, berkata, kehilangan Chin Kim Choy, 40, yang bekerja di Singapura pada 2017, menjadi kerisauan buat dirinya selepas usaha menjejak anak lelakinya itu gagal.

Moi Ling (kanan) dan Chun Kuang (tengah)
menunjukkan gambar anak lelaki yang gagal dijejak sejak enam tahun lalu pada sidang akhbar pada Rabu.
Moi Ling (kanan) dan Chun Kuang (tengah) menunjukkan gambar anak lelaki yang gagal dijejak sejak enam tahun lalu pada sidang akhbar pada Rabu.

Dia juga merasa kemungkinan anaknya itu menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia memandang tiada sebarang khabar berita mengenai Kim Choy termasuk menerusi media sosial seperti Facebook.

"Kali terakhir berjumpa dengan Ah Choy (Kim Choy) pada Tahun Baru Cina 2017 lalu. Kemudian kami tidak berhubung kerana nombor telefon dan akaun Facebook juga disekat.

"Disebabkan banyak kes yang membabitkan sindiket pemerdagangan manusia, saya membuat laporan di sini pada 2 Disember lalu dan laporan turut dibuat Singapura tahun lalu.

"Namun, sehingga kini tiada maklumat yang diterima tetapi saya dimaklumkan anak tidak pernah keluar dari Singapura," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu di sini pada Rabu.

Hadir sama mendengar kisah ibu tunggal ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang dan Pegawai Perhubungan Awam, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Daniel Khoo.

Artikel Berkaitan:

Moi Ling merayu mana-mana individu yang mengenali anaknya itu untuk memaklumkan kepadanya tentang keberadaan anaknya itu kini.

“Kepada Ah Choy, mak nak cari kamu. Kamu sudah lama tidak berjumpa dengan mak. Kamu punya hati (sayang) ada mak lagi tak?” katanya.

Sementara itu, Daniel Khoo pula memberitahu, Chang telah menghubungi pihak MHO bagi mendapatkan bantuan dan pihak MHO kini sedang mendapatkan maklumat dari pihak Kastam dan Imigresen berkaitan perkara itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Moi Ling di talian 016-6263125.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!