Sila log masuk terlebih dahulu.

Kesan cakaran di pokok pisang jadi tanda tanya

12 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 12 DISEMBER 2023

Kehadiran haiwan misteri yang merosakkan tanaman penduduk di empat kampung di Bagan Datuk menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Kesan cakaran haiwan yang merosakkan beberapa pokok pisang mula dikesan sejak dua minggu lalu di Kampung Sungai Lanchang sebelum berlaku di Kampung Sungai Balai Darat, Kampung Sungai Nipah Darat dan Kampung Pasang Api.

Kejadian tersebut dikesan seorang pemilik kebun ketika dia hendak ke masjid melalui kebun berkenaan apabila terlihat beberapa pokok pisangnya patah dan mempunyai kesan cakaran.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/639272/Misteri-kesan-cakaran-di-pokok-pisang

Muzik: Elevate/bensound.com