Rombakan Kabinet: Dua wakil rakyat DAP bertukar ke portfolio baharu

Lim Hui Ying, Chan Foong Hin
Lim Hui Ying, Chan Foong Hin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menyaksikan dua timbalan menteri daripada DAP, iaitu Lim Hui Ying dan Datuk Chan Foong Hin, telah bertukar portfolio kepada Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Hui Ying, Ahli Parlimen Tanjong, Pulau Pinang, sebelum ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan manakala Foong Hin, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Sabah, adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan timbalan menteri baharu iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, M Kulasegaran, Datuk Ramanan Ramakrishnan, Wong Kah Woh dan Dr Zulkifli Hasan.

Selain itu, Perdana Menteri mengumumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching digugurkan.

Rombakan itu juga menyaksikan bilangan menteri dalam Kabinet meningkat kepada 31 orang daripada 28 orang manakala bilangan timbalan menteri meningkat kepada 29 orang daripada 27 orang, menjadikan jumlah anggota Kabinet kini kepada 60 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: