Rombakan Kabinet: Saya masih terkejut - Mohamed Khaled

Mohamed Khaled Nordin - Foto Bernama
Mohamed Khaled Nordin - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih terkejut dengan pertukaran portfolio daripada Menteri Pendidikan Tinggi kepada Kementerian Pertahanan dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

"Saya tidak mahu cakap lagi sebab saya masih terkejut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pertukaran memorandum persefaham (MoU) bagi Penawaran Perkhidmatan Pelantar Kolektif antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Malaysia Academic Consortium Sdn Bhd di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman rombakan Kabinet pada Selasa.

Dalam rombakan itu, jawatan Menteri Pendidikan Tinggi akan diambil alih oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebelum ini adalah Menteri Luar.

Datuk Seri Mohamad Hasan pula bertukar daripada portfolio Menteri Pertahanan kepada Menteri Luar. - Bernama

Artikel Berkaitan: