Pengadil Liga Turkiye ditumbuk

Insiden yang berlaku membabitkan Faruk dan Halil selepas perlawanan SuperLig.
Insiden yang berlaku membabitkan Faruk dan Halil selepas perlawanan SuperLig.
A
A
A

PERLAWANAN dalam saingan Liga Turkiye, SuperLig ditangguhkan selepas seorang pengadil ditumbuk oleh presiden Ankaragucu, Faruk Koca ketika pasukannya seri 1-1 dengan Rizespor.

Faruk memukul muka Halil Umut Meler selepas perlawanan tersebut dan Persekutuan bola sepak Turkiye (TFF) mengecam keras tindakan itu.

“Serangan keji ini bukan sahaja dilakukan terhadap Halil Umut Meler. Hari ini, serangan tidak berperikemanusiaan dan keji ini dibuat terhadap semua pihak berkepentingan bola sepak Turkiye.

“Prosiding jenayah telah dimulakan terhadap mereka yang bertanggungjawab dengan serangan tidak berperikemanusiaan ini.

“Kelab yang bertanggungjawab, presiden kelab, pengurusnya dan semua individu yang menyerang Halil Umut Meler akan dikenakan hukuman paling berat.

“Dengan keputusan Lembaga Pengarah Persekutuan Bola Sepak Turkiye, perlawanan di semua liga telah ditangguhkan," kata TFF.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut mengutuk insiden yang berlaku di ibu kota, Ankara.

“Sukan bermaksud keamanan dan persaudaraan. Sukan tidak sesuai dengan keganasan. Kami tidak akan membenarkan keganasan berlaku dalam sukan Turkiye," katanya.

Artikel Berkaitan: