Ibu Zayn Rayyan titip pesanan sayu, kongsi gambar bersama arwah

Perkongsian Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi Instagram.
Perkongsian Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi Instagram.
A
A
A

PETALING JAYA - "No one else will ever know the strength of my love for you. After all, you're the only one who knows what my heart sounds like from the inside" (Tiada siapa yang mengetahui betapa besar sayang pada kamu. Pada akhirnya, hanya kamu yang tahu semuanya.)

Demikian luahan hati Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi Instagram.

Luahan hati Ismarina di platform media sosial itu turut disertakan dengan gambar-gambar kenangannya bersama Zayn Rayyan.

Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Zayn Rayyan
Zayn Rayyan

Tinjauan Bernama mendapati beberapa anggota polis berada di lokasi kejadian sejak pukul 9 pagi tadi untuk mencari petunjuk baharu serta mengutip sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang berkaitan, bagi membantu siasatan.

Pihak media juga dimohon oleh pihak polis agar tidak berada berdekatan dengan lokasi kejadian kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Sekumpulan petugas media yang akur dengan arahan polis itu berkumpul di satu kawasan yang redup di blok S apartment itu iaitu kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian.

Semalam, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini menjadi tumpuan polis bagi mengesan bukti baharu kes bunuh kanak-kanak itu yang memasuki hari kelima siasatan.

Polis juga dilaporkan telah mengumpul 228 sampel DNA penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autisme itu. - Bernama.