Sila log masuk terlebih dahulu.

Bunuh majikan guna cangkul, amah, suami dipenjara 35 tahun

11 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 11 DISEMBER 2023

Seorang pembantu rumah warga Indonesia dan suaminya yang membunuh majikan mereka tiga tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh pertama, Bartolomeus Fransceda yang juga tukang kebun turut diperintahkan disebat 12 kali, manakala isterinya, Ekalia hanya dikenakan hukuman penjara.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu terhadap kedua-dua tertuduh berusia 23 tahun itu selepas mengambil kira dan menimbangkan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Selain itu, kedua-dua tertuduh turut menukar pengakuan bersalah pada 29 November lalu.

Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama-sama membunuh Lau Yen Na, 73, di sebuah rumah di Palm Resort, Senai, Kulai, kira-kira jam 2 petang, 17 Mac 2020.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/639093/berita/semasa/bunuh-majikan-guna-cangkul-amah-suami-dipenjara-35-tahun

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Mojo