Polis kesan identiti mayat wanita disimen

Lakaran mayat wanita yang ditemui disimen di sebuah kediaman di Pandamaran, Klang, Selangor pada Isnin.
Lakaran mayat wanita yang ditemui disimen di sebuah kediaman di Pandamaran, Klang, Selangor pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Identiti mayat seorang wanita yang ditemukan disimen di sebuah kediaman di Pandamaran, Klang, Selangor pada Isnin sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai warga India dipercayai berusia 30-an dan mempunyai ketinggian sekitar 160 sentimeter.

Beliau berkata, mangsa juga dipercayai teman wanita kepada suspek yang tinggal di rumah sewa berkenaan sebelum ini.

"Polis sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak kedutaan India bagi memperoleh maklumat lanjut dan menghubungi ahli keluarga mangsa.

"Dalam masa yang sama, pihak polis juga ada menyediakan lakaran wajah mangsa untuk dikongsi dengan media bagi tujuan hebahan," katanya pada Sabtu.

@sinarharianonline Polis kesan identiti mayat wanita disimen. #SinarHarian#SinarTerkini#beritaditiktok#fyp#Autisme Minimal for news / news suspense(1169746) - Hiraoka Kotaro

Sementara itu, mengulas identiti suspek yang juga warga India, Hussein berkata, pihak polis sudah mendapat maklumat berhubung perkara itu.

Kata beliau, pihaknya akan mendapatkan waran tangkap ke atas suspek bagi tujuan melakukan siasatan lanjut.

Selain itu menurut beliau, pihaknya juga akan minta bantuan daripada kedutaan India serta pihak polis negara itu bagi mengesan serta menahan lelaki tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Dengan adanya dapatan siasatan ini, pihak polis menganggap kes ini sudah selesai dan dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.