Arteta tak terkejut Villa lain macam bawah Emery

Arteta (kiri) dan Emery. Foto Agensi
Arteta (kiri) dan Emery. Foto Agensi
A
A
A

PENINGKATAN prestasi luar biasa Aston Villa di bawah pengendali Unai Emery dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ternyata tidak mengejutkan Mikel Arteta.

Sebaliknya pengendali Arsenal itu menjangkakan perlawanan sukar menanti apabila pendahulu EPL tersebut bertandang ke Villa Park awal pagi Ahad.

Villa sebelum itu yang mempamerkan aksi dominan ketika kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Manchester City, naik ke tangga ketiga liga.

Anak buah Emery, memenangi 14 perlawanan Liga Perdana berturut-turut di Villa Park selain layak ke saingan kalah mati Liga Konferensi Europa.

“Saya fikir anda perlu memberi penghargaan besar kepada pemain dan Unai serta kakitangan kejurulatihan kelab bola sepak Aston Villa.

“Mereka akan menjadi lawan yang sukar dan ia adalah salah satu gelanggang kegemaran saya. Ia tidak mengejutkan. Saya telah mengikutinya sejak dia menjadi jurulatih Almeria dan apa yang telah dilakukannya di setiap pasukan adalah luar biasa.

“Dia sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pemain, pasukan dan kelab. Dia orang Basque seperti saya. Saya sangat mengaguminya. Saya sangat gembira untuknya,” kata Arteta.

Artikel Berkaitan: