Bas perantara untuk pengunjung Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga Ahad ini.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga Ahad ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan bas perantara disediakan bagi orang ramai yang bakal mengunjungi Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga Ahad ini.

Menurut sekretariat program tersebut, bas perantara ke tapak lokasi disediakan dari empat zon bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung.

"Zon berkenaan adalah Perhentian Bas Endah Parade, Pavilion Bukit Jalil (Perhentian bas perantara), MRANTI Park (Parkir bertingkat aras 1) dan Astro Bukit Jalil (Pintu masuk pengunjung) bermula jam 7 pagi dengan pergerakan bas setiap 30 minit.

No Image Caption

"Selain itu diskaun 25 peratus bagi penggunaan token dan kad Touch ‘n Go ke stesen Bukit Jalil juga diberikan kepada pengunjung sepanjang tiga hari program berlangsung," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Program usaha sama Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) itu, bermula Jumaat hingga Ahad.

Antara reruai Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Antara reruai Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Majlis perasmian penutupan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pada Ahad dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, katanya, sempena program itu juga turut berlangsung Jualan Mega Madani yang menawarkan barangan keperluan dengan harga berpatutan dan 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 183 usahawan terlibat yang merangkumi Jualan Rahmah, Jualan Madani Koperasi, Jualan Agro Madani, Jualan MyGrocer@Wilayah, Jualan Usahawan, Jualan Anekarasa Madani, Jualan Trak Makanan dan Padanan Perniagaan.

Antara pengunjung hari pertama Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Antara pengunjung hari pertama Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

"Dalam usaha membantu rakyat menangani kos sara hidup, pengunjung boleh membeli barangan keperluan harian melalui Jualan Mega Madani.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus dan pembayaran hanya boleh dilaksanakan di tapak program dengan perincian syarat diskaun boleh diperolehi di laman media sosial rasmi PDRM," katanya.

Dalam kenyataan sama jelasnya, sejumlah 45,000 peluang pekerjaan turut ditawarkan sepanjang program berlangsung menerusi Karnival Kerjaya yang melibatkan 63 buah agensi kerajaan dan swasta.

Pengunjung berpeluang melawat pameran aset-aset kerajaan. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Pengunjung berpeluang melawat pameran aset-aset kerajaan. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Katanya, sebanyak 36 reruai kaunter perkhidmatan juga disediakan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan sebanyak 102 perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.

"Antara perkhidmatan menarik ialah kaunter tawaran kemasukan secara terus ke Universiti Awam/ Politeknik dan Kolej Komuniti, kaunter pendaftaran dan semakan status bantuan e-Kasih, perkhidmatan Skim Perubatan Madani, konsultasi dan permohonan pembiayaan serta latihan usahawan,

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga terlibat dalam pameran. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga terlibat dalam pameran. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

"Selain itu, perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah Jom Exchange al-Quran, kaunter perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kaunter jualan dan pendaftaran perumahan PR1MA, kaunter Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), penukaran topi keledar (helmet) percuma, kaunter promosi tiket pengangkutan awam, kaunter permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTukar, perkhidmatan cetakan semula sijil peperiksaan awam dan lain-lain," katanya.

Katanya lagi, sejumlah 26 perkhidmatan bergerak turut disediakan sepanjang program berlangsung antaranya pemeriksaan dan rawatan gigi percuma, kempen derma darah, pencerapan matahari oleh Planetarium Negara, perkhidmatan kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara, dan lain-lain lagi.

Salah seorang pengunjung mencuba peralatan yang dipamerkan pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Salah seorang pengunjung mencuba peralatan yang dipamerkan pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. - Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

"Pameran aset-aset kerajaan juga turut diadakan di tapak lokasi yang melibatkan tiga buah agensi iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.

Sebarang Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.malaysiamadani.gov.my dan platform media sosial rasmi Malaysia Madani.