Lampard akui Chelsea lambat panas

Lampard meraikan kejayaan Chelsea bangkit menumbangkan Arsenal pada aksi EPL di Stadium Emirates.Foto: AFP
Lampard meraikan kejayaan Chelsea bangkit menumbangkan Arsenal pada aksi EPL di Stadium Emirates.Foto: AFP
A
A
A

Pengendali Chelsea, Frank Lampard mengakui para pemain The Blues lambat panas ketika bangkit menewaskan Arsenal 2-1 pada derbi London saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, malam semalam.

Menurutnya, taktikal The Gunners yang segera menyerap corak permainan pemain The Blues juga antara faktor pelawat hilang rentak babak pertama.

"Kami bermula sangat hambar sepanjang 30 minit babak pertama. Lambat, lesu, gugup berbanding di Stadium Tottenham Hotspur ketika menentang Tottenham.

"Sebaliknya di Stadium Emirates, para pemain terikut rentak Arsenal sehingga memberikan ruang kepada pemain-pemain tuan rumah menguasai perlawanan," kata bekas pemain Chelsea itu.

Namun pada babak kedua jelas Lampard, para pemain The Blues bermula dengan perubahan taktikal seperti ketika berdepan Tottenham Hotspur kembali menguasai rentak perlawanan.

"Setelah 10 minit perlawanan berlalu jelas bahawa Arsenal menyaksikan corak permainan kami ketika menentang Tottenham.

"Pergantian pemain memberikan kami tenaga tambahan pada bahagian tengah dan memberikan kami pergerakan lebih besar," katanya.

Artikel Berkaitan: