MBSA rangkul tiga anugerah MIP

Wakil MBSA bergambar selepas menerima tiga anugerah MIP MyPLACE Awards 2023 di Le Meridian Hotel, Petaling Jaya.
Wakil MBSA bergambar selepas menerima tiga anugerah MIP MyPLACE Awards 2023 di Le Meridian Hotel, Petaling Jaya.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya merangkul tiga anugerah di Malaysian Institute Of Planners (MIP) MyPLACE Awards 2023 pada 1 Disember lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, kemenangan itu menerusi anugerah berlian bagi kategori dua iaitu 'Community and Neighbourhood Park Above 50 Hectars' oleh Elmina Central Park @ City Of Elmina.

Menurutnya, anugerah berlian turut dimenangi bagi kategori sembilan iaitu 'Local Placemaking Warrior' oleh Warriors of Bukit Subang dan 'Sapphire Award' bagi kategori sembilan iaitu Local Placemaking Warrior oleh Warriors of Tanjung Api-Api.

"Anugerah MIP MyPLACE Awards 2023 anjuran MIP ini bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan oleh organisasi dan komuniti dalam menambah baik ruang awam yang membawa impak dan faedah positif kepada komuniti setempat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Azhar berkata, penganugerahan itu diharap dapat menyuntik semangat dan dorongan kepada MBSA untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada komuniti dan juga pemegang taruh.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Le Meridian Hotel, Petaling Jaya.

Majlis itu dihadiri Ahli Majlis MBSA antaranya Tengku Ahmad Tengku Kasim, Muhammad Shakir Ameer Mohideen, Muhammad Nabil Norhalim.

Turut hadir, Pengarah Perancangan, Aniza Osman, Pengarah Pembangunan Komuniti, Shahrin Ahmad, pengurusan tertinggi dan pegawai MBSA serta wakil Majlis Perwakilan Penduduk Zon 11 dan Zon 22.

Artikel Berkaitan: