Aston Villa masih jauh daripada terbaik

Unai Emery
Unai Emery
A
A
A

ASTON Villa masih jauh daripada terbaik untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) biarpun berada di kedudukan ketiga liga ketika ini.

Pengendali Aston Villa, Unai Emery berkata, tumpuan utama kelab itu pada ketika ini adalah untuk mengekalkan momentum positif.

Katanya, adalah masih terlalu awal untuk membincangkan keupayaan kelab itu merangkul gelaran selepas menang ke atas City.

“Kami gembira berada apabila berada di tempat ketiga tetapi untuk kekal di sana, sejujurnya ia amat sangat sukar.

“Terdapat tujuh pasukan yang lebih berkeupayaan daripada kami ketika saingan memasuki kepadatan jadual perlawanan.

"Selepas mengharungi perlawanan berdepan City, tumpuan seterusnya adalah persiapan menentang Arsenal pada Ahad ini,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Sebagai rekod, kali terakhir Villa memenangi 10 perlawanan pada peringkat ini adalah ketika kelab itu menjulang kejuaraan liga terakhir pada musim 1980-81.

Artikel Berkaitan: