Selepas bapa, anak pula kena reman

Anak kepada pengarah jabatan kerajaan direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki bersubahat dengan bapanya dalam cadangan pemberian tender kepada syarikat miliknya sendiri.
Anak kepada pengarah jabatan kerajaan direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki bersubahat dengan bapanya dalam cadangan pemberian tender kepada syarikat miliknya sendiri.
A
A
A

GEORGETOWN- Anak kepada pengarah jabatan kerajaan direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki bersubahat dengan bapanya dalam cadangan pemberian tender kepada syarikat miliknya sendiri.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi di Kompleks Mahkamah Georgetown, di sini tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 27 tahun itu merupakan seorang eksekutif di sebuah agensi kerajaan di Perak dan juga memiliki sebuah syarikat di Ipoh.

Dia ditahan pada jam 10.30 pagi semalam susulan penahanan bapanya yang merupakan pengarah jabatan perkhidmatan awam di negeri ini.

Kedua-dua beranak itu ditahan pada hari yang sama yang mana lelaki tersebut ditahan di pejabatnya manakala bapanya ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sumber berkata, lelaki terbabit ditahan kerana disyaki bersubahat dengan bapanya dengan mencadangkan syarikat miliknya sendiri.

Cadangan itu adalah untuk Sistem Kelas Tabika Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa Penilaian Sebutharga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS, membabitkan nilai RM45,472.

Semalam, seorang pengarah jabatan perkhidmatan awam di negeri ini berusia 58 tahun direman enam hari kerana dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa melibatkan pemberian projek kepada syarikat milik anaknya.

Artikel Berkaitan: