Tiga kanak-kanak lemas ketika mandi kolam terbiar di Kudat

Tiga kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar di Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat.
Tiga kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar di Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat.
A
A
A

KUDAT - Tiga kanak-kanak maut selepas dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar di Kampung Perpaduan Ria 1, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Wan Hermi dan Nurul Isah masing-masing berusia 11 tahun dan Mohd Syahzwan berusia tujuh tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.36 petang.

Menurutnya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Kudat.

"Menurut maklumat, tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika bermain dan mandi di sebuah kolam terbiar di kawasan tersebut.

Lokasi tiga kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar di Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat.
Lokasi tiga kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar di Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat.

"Kesemua kanak-kanak itu dibawa keluar dari kolam tersebut oleh orang awam dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, kesemua kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, menurut maklumat terkini daripada pihak hospital, ketiga-tiga kanak-kanak tersebut disahkan telah meninggal dunia," katanya.