Pesakit kanser diramal meningkat dua kali ganda menjelang 2040

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara Warrior Run yang diadakan baru-baru ini.
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara Warrior Run yang diadakan baru-baru ini.
A
A
A

GEORGE TOWN - Pesakit kanser di Malaysia diramalkan meningkat dua kali ganda menjelang 2040.

Berikutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Ivan Loh menyeru masyarakat agar mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan sentiasa membuat ujian bagi mengesan awal risiko menghidap penyakit ini.

Menurutnya, dengan rawatan awal yang diberikan ia mampu menyelamatkan nyawa daripada ancaman penyakit yang kini menjadi punca kematian terbesar di negara ini.

"Untuk melawan penyakit tersebut, kita perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesihatan.

"Pemeriksaan secara berkala dan tindakan yang cepat diambil boleh mengurangkan risiko kematian pada kadar yang tinggi," katanya ketika berucap sempena acara larian 'Warrior Run' yang diadakan baru-baru ini.

Ivan ketika menyampaikan ucapan sempena acara Warrior Run yang diadakan baru-baru ini.
Ivan ketika menyampaikan ucapan sempena acara Warrior Run yang diadakan baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan pelepasan larian berkenaan, Exco Belia, Sukan, dan Kesihatan Negeri, Daniel Gooi.

Acara larian yang dianjurkan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-50 Hospital Gleneagles Pulau Pinang turut diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan kanser, pengesanan awal, rawatan awal dan kepentingan gaya hidup sihat.

Artikel Berkaitan:

Ivan Loh berkata, inisiatif ini mengukuhkan komitmen jangka panjang Hospital Gleneagles Pulau Pinang bagi menjaga pesakitnya selain memberi kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan

"Perkataan ‘Warrior’ melambangkan orang yang berani yang telah berjuang, dan yang masih melawan kanser.

“Melalui larian pahlawan ini, kami berhasrat untuk memberi penerangan tentang wira-wira ini dan menekankan kepentingan gaya hidup sihat, pengesanan awal dan rawatan awal. Kemandirian kanser bertambah baik dengan pengesanan awal dan rawatan awal,” katanya.

Peserta melakukan senaman sebelum acara larian bermula.
Peserta melakukan senaman sebelum acara larian bermula.

Sementara itu, Daniel Gooi ketika berucap turut menekankan keperluan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal.

“Dengan pengesanan awal, rawatan perubatan yang tepat pada masanya, sikap positif dan sokongan hebat daripada keluarga dan rakan-rakan, kita boleh memenangi perjuangan menentang kanser ini dan menjalani kehidupan sepenuhnya,” katanya.