Sila log masuk terlebih dahulu.

Langgar Syed Danial: pekerja IT dihukum penjara 16 tahun

07 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 7 DISEMBER 2023

Bekas pekerja teknologi maklumat (IT) yang melanggar sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuh Raya Utara Selatan, empat tahun lalu, dihukum penjara 16 tahun, oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim, Julia Ibrahim menjatuhi hukuman itu selepas mendapati Wei Liang, didapati bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Bagaimanapun pihak pembelaan Yew Wei Liang, merayu kepada mahkamah, agar bekas pekerja IT itu, dikenakan hukuman ringan, iaitu penjara maksimum enam tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638479/berita/semasa/langgar-syed-danial-bekas-pekerja-it-dipenjara-16-tahun

Muzik: Elevate/bensound.com