“Semua orang di Gaza kelaparan” - WFP

Selain jumlah kematian yang sentiasa meningkat, perang yang tercetus juga menyebabkan rakyat Palestin di Gaza sedang berhadapan dengan kelaparan, kata pertubuhan Program Makanan Sedunia. - Foto AP
Selain jumlah kematian yang sentiasa meningkat, perang yang tercetus juga menyebabkan rakyat Palestin di Gaza sedang berhadapan dengan kelaparan, kata pertubuhan Program Makanan Sedunia. - Foto AP
A
A
A

GAZA - Ketua pertubuhan Program Makanan Sedunia (WFP), Cindy McCain memberi amaran berlaku batasan akses makanan dan minuman ke Semenanjung Gaza ketika ini.

“Sistem kemanusiaan di wilayah konflik itu sedang lumpuh,” kata McCain dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

“Semua orang di Gaza kelaparan.”

Menurut WFP, sebanyak 97 peratus isi rumah Palestin di kawasan utara semenanjung itu dan 83 peratus lagi di wilayah selatan dilaporkan tidak memperoleh bekalan makanan yang mencukupi - dengan sebahagian besar daripada mereka tidak langsung menjamah makanan dalam seharian.