Saya bukan 'Mr H' - Mohd Hisyamuddin

Mohd Hisyamuddin menafikan dakwaan bahawa dirinya adalah 'Mr H'.
Mohd Hisyamuddin menafikan dakwaan bahawa dirinya adalah 'Mr H'.
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis, Mohd Hisyamuddin Ghazali menafikan dirinya adalah 'Mr H' yang menjadi dalang video tular memaparkan perbualan antara bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan Penolong Pegawai jabatan sama, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Ia sebagai mana yang didakwa oleh penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin.

Menurutnya, kehadiran pada sidang media pada 17 November lalu sekadar untuk mendengar sendiri apa yang berlaku.

"Saya nafikan fitnah @RajaPetra kata saya Mr H! Keluar ja (saja) mulut dia confirm (pasti) bohong.

"Hari sidang media Agus dan Wahab saya hadir bersama-sama rakan media untuk dengar sendiri cerita apa yang berlaku. Jika saya Mr H buat apa saya datang dengar sekali," katanya menerusi hantaran di Aplikasi X, pada Rabu.

Pada sidang media tersebut, Mohammad Agus mendakwa rakaman itu bertujuan menjatuhkan kredibiliti Mohammad Agus dengan didalangi individu dikenali sebagai Mr H.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka membuat laporan polis bagi mendedahkan identiti 'Mr H' kepada pihak berkuasa itu.

Bagaimanapun selepas itu, media melaporkan polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan dibuat Wahab yang mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.

Susulan itu, Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.