Peniaga nasi ekonomi maut ditikam 27 kali

Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital selepas ditikam 27 kali di seluruh badannya dalam kejadian petang Selasa.
Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital selepas ditikam 27 kali di seluruh badannya dalam kejadian petang Selasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang peniaga nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak maut apabila ditikam 27 kali pada seluruh badannya di tempat meletak kenderaan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak, di sini pada petang Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan berkata, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di hospital ketika diberi rawatan.

Menurutnya, mangsa dipercayai diserang dua suspek, salah seorang daripada mereka telah menikam mangsa manakala seorang lagi menunggu rakannya di atas motosikal.

Lokasi kejadian mangsa ditikam oleh seorang lelaki dipercayai menggunakan pisau pendek.
Lokasi kejadian mangsa ditikam oleh seorang lelaki dipercayai menggunakan pisau pendek.

"Polis menerima panggilan kecemasan lalu bergegas ke lokasi kejadian pada jam 6.18 petang tadi. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana ditikam sebanyak 27 kali antaranya di dada, leher dan beberapa anggota badan yang lain.

"Suspek dipercayai menggunakan pisau pendek. Mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans namun disahkan meninggal dunia di hospital ketika diberi rawatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Kata beliau lagi, polis sedang memburu dua suspek setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lif dan bawah pondok pengawal pangsapuri berkenaan.

"Kita masih menyiasat motif kejadian namun kita percaya, ia bukan kes samun namun lebih kepada niat untuk membunuh.

Artikel Berkaitan:

"Ini kerana, wang dan beberapa barangan milik mangsa masih berada pada badannya. Mangsa mempunyai beberapa rekod lampau dan tinggal di pangsapuri tersebut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.